Rabu, 15 Juni 2011

CSR(Corporate Social Responsibility.)

apa itu CSR

Corporate Social Responsibility (CSR), menurut World Business Council for Sustainable Development, tanggungjawab sosial korporat (CSR) di definasikan sebagai; komitmen sesebuah organisasi terhadap masyarakat. Komitmen itu dilakukan bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak baik pekerja dan ahli keluarganya, komuniti mahupun persekitaran secara nilainya.

Manakala menurut Kotler & Nancy dalam bukunya, Corporate Social Responsibility : Doing The Most Good for Your Company diterbitkan pada 2005, CSR merupakan komitmen perniagaan yang dipraktikkan dalam sesebuah organisasi dengan menyumbang sebahagian daripada sumber keuntungannya bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Dalam konteks Islam pula CSR dapat dilihat menerusi pembayaran zakat baik fitrah mahupun harta sebagaimana firman Allah dalam ayat 103 Surah Al-Taubah, yang antara lain maksudnya:
“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
5 teras kenapa pentingnya CSR
  1. Pembangunan Sumber Manusia : Secara internal penerapan CSR dalam syarikat adalah untuk menjaga kebajikan pekerja dan perniagaan secara keseluruhannya. Sebaliknya dari sudut ekternal ia adalah untuk memperkaya masyarakat khususnya dalam konteks pembangunan komuniti.
  2. Pengukuhan Ekonomi : Sistem ekonomi kapitalis menjadikan mereka yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin. Dengan adanya CSR syarikat2 dituntut untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat bagi menyembangkan dan menstabilkan ekonimi sedia ada.
  3. Sosial : Apabila timbulnya konflik dalam masyarakat CSR boleh membantu mewujudkan suasana persekitaran harmoni melalui kempen2 yang dijalankan.
  4. Politik : Bagi memastikan sistem pentadbiran yang teratur CSR banyak membantu mewujudkan sistem atau tata kerja yang beretika.
  5. Melindungi Alam Sekitar : Tanggungjawab korporat bukan sahaja untuk masyarakat malah mereka juga berperanan untuk melestarikan alam semesta.
Oleh karena nya kami yang tergabung di Jawa Pos Group yang di Kepalai oleh PT. TEMPRINA MEDIA GRAFIKA siap untuk men-support program CSR yang di lakukan oleh  Corporate-Corporate yang dengan cara memberikan SPECIAL SERVICES untuk setiap pengambilan buku-buku pelajaran khususnya BUKU BSE(Buku Sekolah Electronik) yang akan di gunakan untuk program CSR.

Kontak.
Lutfi. 081586134660
Deni 081561626908
Office.
Telp. 021-8815222 ext. 603
Fax.  021-8817444

    Tidak ada komentar:

    Poskan Komentar